Sunday, December 4, 2016

Tips Mengmbil Hati Mertua

Menjadi orang baru di dalam sebuah instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut
Memikat hati mertua bukanlah semudah yang anda sangkakan. Terutamanya hati ibu pasangan anda. Lebih memeningkan jika pasangan anda itu merupakan anak pertama/sulung atau anak tunggal. Menjadi orang baru di dalam sebuah instituisi keluarga memerlukan anda untuk bersedia dan mempelajari rentak keluarga tersebut daripada memilih untuk mengikut rentak anda sahaja. Maklumlah, kita bukan sahaja berkahwin dengan anaknya sahaja, tetapi kita turut serta berkahwin dengan seluruh ahli keluarganya. Di sini, admin akan kongsikan tips untuk anda memikat hati bakal ibu mertua anda.
Tips pertama adalah kenali rentak ibu pasangan anda. Risiklah apa yang perlu daripada pasangan anda. Contohnya seperti minat mereka. Jika ibu pasangan anda minat memasak, cuba luangkan masa anda untuk mencuri berbual tips masakan bersama ibu pasangan anda. Jika minatnya pula lebih kepada membeli-belah, luangkan masa anda bersama-sama membeli-belah ataupun boleh juga jika anda berbicara tentang jenama yang bakal ibu mertua anda minati.
Tips kedua adalah ringankan tangan menolong jika anda menziarahi mereka seperti mencuci pinggan dan sebagainya. Atau paling ringkas yang anda boleh lakukan adalah belikan sesuatu jika anda mengunjungi mereka. Seperti buah-buahan, kuih-muih, kek dan sebagainya. Mudah bukan? Bukan perlu berbelanja besar, cukuplah sekadar membeli apa yang patut. Terapkan nilai murni, adab menziarahi dalam diri, mudah-mudahan lembut hati bakal ibu mertua anda yang melihatkan anda keperibadian anda yang tidak berkira.


Berpakaian sopan, itu adalah tips ketiga yang perlu dititikberatkan oleh pasangan di luar sana. Terutamanya ketika anda menziarahi mereka. Pakailah pakaian sopan, kemas dan bersih. Untuk gadis di luar sana, pakailah pakaian yang menutup aurat dan manis dipandang mata. Manakala untuk lelaki, kemas serta rapikan penampilan anda agar tidak dilihat selekeh dan serabai. Tips penting, elakkanlah dari memakai seluar pendek pula bagi lelaki, dan baju ketat pula untuk perempuan.
Seterusnya pula adalah berkelakuan sopan antara anda dan pasangan di hadapan bakal ibu mertua anda. Tunjukkan rasa hormat anda terhadapnya. Manakala antara tips pendek lain yang boleh admin kongsikan dengan pembaca sekalian antaranya adalah ringankan mulut anda hubungi bakal ibu mertua anda. Tanyakan khabar mereka, dan jika anda memerlukan pandangan dan pendapat, kongsikan serta tanyakan lah pada mereka. Supaya hati bakal ibu mertua anda rasakan diri mereka diperlukan.
Ini adalah tips-tips yang boleh admin kongsikan dengan pembaca berkenaan topik memikat hati bakal ibu mertua. Tips-tips ini boleh diaplikasikan untuk kedua-dua belah pihak. Semoga dengan tips ini, anda berjaya memikat hati bakal ibu mertua anda. Silap haribulan, anda menjadi menantu pilihan!
Semoga berjaya semua!
Sumber:iKahwin
Gambar Sekadar Hiasan

No comments:

Post a Comment