Assalammualaikum selamat pagi, hari ini nak share sedikit kepada anda di luar sana yang pasti akan berkahwin pada masa akan datang."Tips menyimpan duet buat kahwin" nah pasti menarik bukan, ya ramai ada masalah kewangan pada masa sekarang ini dan masalah ini sebenarnya bukan baru sekarang tetapi sentiasa ada masalah kewangan.Perkara paling penting bila sebut pasal menyimpan ini anda perlu ada DISIPLIN, Kental, Sado.
Apa kena mengena Disiplin,kental dan sado ni.Saya akan terangkan sebentar lagi.Baik sekarang ini adakah anda sudah mula menyimpan duet?Ya duet gaji anda?
Kenapa perlu simpan setahun,dua tahun, tiga tahun, empat tahun sebelum masa anda ingin berkahwin?Nah sebenarnya anda pasti tidak tahu bukan, bila Majlius Perkahwinan anda akan berlangsung.Semuanya terletak pada jodoh.Kenapa saya berkata perlu simpanan duet sebagai persediaan sebelum majlis perkahwinan anda setahun, dua tahun, tiga tahun...Contoh bayangkan bulan ini anda tidak ada pacar,tidak ada calon isteri/suami lagi walhal umur semakin lanjut, dan FASA 1 bulan hadapan jodoh anda sudah sampai.Ada yang berkenan di hati dan nampak taking care pada anda sama-sama sudah dilamun cinta.FASA 2 ingin melanjutkan cinta anda kepada tali ikatan perkahwinan.Tidak mahu ambil masa lama bertunang setahun dua tetapi pihak keluarga mahu cepat majlis berlangsung contohnya bulan hadapan.Nah sekarang ANDA ADA MASALAH JIKA TIADA DUET SIMPANAN!
Bagaimana anda mahu cari jalan untuk capai matlamat anda.Mulalah cari loan2 bank,Along-along,korek sana sini,pinjam sana sini.Mak Ayah tu dah corfirmlah kan akan bantu jika mereka mampu jika mereka juga tidak ada lebihan apa tindakan anda?Penting tak simpanan duet sekarang pada anda?
CARA SIMPAN DUET GAJI SEBAGAI DUET SIMPANAN
- DISIPLIN
- UTAMAKAN KEPERLUAN DARI KEHENDAK
- SENARAIKAN SEMUA HUTANG SETIAP BULAN
- SENARAIKAN SEMUA KEPERLUAN SETIAP BULAN
Contoh:-
DISIPLIN( bila mula menyimpan duet setiap bulan anda perlu ada disiplin tinggi, MESTI simpan)
KEPERLUAN ( RUMAH,MAKAN,MINUM,PAKAIAN)
KEHENDAK (KERETA,BARANG BERJENAMA,PERCUTIAN,DLL)
SENARAIKAN SEMUA HUTANG SETIAP BULAN
1.Sewa Rumah/Loan Rumah = rm ?
2.Loan Motor = rm?
3.Loan ASB = rm?
4.Utiliti (bil air,api,tel) = rm?
SENARAIKAN SEMUA KEPERLUAN SETIAP BULAN
1.Belanja Makan = rm?
2.Belanja Barang Dapur = rm?
3.Belanja Pakaian = rm?
4.Bagi Mak & Ayah = rm?
5.Simpanan Tetap = rm?
Ok bila semua detail ni anda dah senaraikan then ambil gaji bersih anda dan tolak siap2 semua senarai di atas?Berapa baki anda tu jelah buat reward anda setiap bulan.
*Simpanan Tetap
Berapa anda mahu simpan 20k,30k, 40k dan berapa tahun target anda?Kira siap2 tolak tambah bahagi sendiri.Minima mesti 3-4 dah dapat target dalam simpanan bank.
Then baru anda akan rasa LEGA paham tak dengan maksud LEGA ni bila anda ada simpanan dalam bank anda sendiri.Duet simpanan inilah untuk buat Majlis kahwin,Beli rumah,Backup etc..
Baiklah cukup pagi ini sedikit sharing dari saya buat anda sedikit Tips Simpan Duet semoga dapat memberi anda sedikit pengetahuan insyaAllah.Nanti kita bagi tips2 lain khas untuk pembaca semua TQ.